Wednesday 27 February 2013

pilihan Allah adalah yang terbaik


siapa aku nak memilih. aku hanya manusia biasa. banyak kekurangan dan kelemahan. aku hanya mampu merancang, dan terus merancang. sebalik perancangan tu, Allah yang menentukan. Allah juga merancang, tapi perancangan Allah lebih baik dari segalanya.. aku redha ya allah jika ni bukan yang terbaik untukku, aku sanggup lepaskan ia pergi. aku tahu di sebalik semua yang terjadi ni ada sesuatu yang akan menggantikannya. 



kadang2 orang kita sayang tu tak semestinya menjadi milik kita , menjaga kita sampai hujung nyawa. orang yang kita tak kenal, bru kenal 2 3 hari mungkin jadi jodoh kita. tu semua kita tak tahu. berserah kepada Allah. semua orang nak kebahagiaan. tersenyum , ketawa  bukan bermakna seseorang tu sedang bahagia. kesedihan dalamnya siapa yang tahu. apa2 pon istikharah banyak2. apa yang terjadi selepasnya kita kena redha. yang penting jangan buruk sangka dengan Allah. setiap yang berlaku ada sebab. allah menguji hambaNya kerana Dia sayang akan hambaNya. 







sekira kita kehilangan seseorang bukan bermakna kerana kita gagal. tapi itulah keajaibanNya. percaya dan yakin bahawa Allah akan memberikan jodoh yang lebih baik untuk kita . jangan bersedih , Allah tak memungkiri janji walaupun sebesar zarah. ~jangan bersedih wahai hati... 

aku redha dengan apa yang terjadi. kenangan berlalulah engkau pergi. perkara yang lepas jangan di kenang. pengalaman mengajar erti kehidupan kepada ku. ~tengah2 tulis blog, ade pulak no xkenal tpon. cari syuhada. ntah boy mana. lari feeling dh nih~.. cukuplah sampai di sini perkenalan kita. (-__-)

time to sleep. esok kelas kul8. selamat malam semua. mata pon dah mengantuk. terlebih keluar air mata tadi. harap esok tak bengkak mata. yang baik itu dari Allah, yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.. assalamualaikum




Reply To This Comment

Tuesday 5 February 2013

when i watching it , it make me heppi...

bosan sangat rasanya hari ni. tak tahu nak buat apa. nak tengok tv pon tak de cerita yang menarik. tapi pkul 7 nanti ada Setia Hujung Nyawa . hehe femes cerita ni sekarang. tapi jangan lupa solat, kewajipan jangan tinggal kan.. tapi petang ni memang membosankan. duduk rumah je cuti ni. jaga anak sedara. ni dia si tembam. namanya azwani.



 tapi sronok jaga si tembam ni. banyak mulut. orang tua2 cakap bila kita kita ada msalah peluk budak kecik tenang je rasa, memang betul pon. aku penah buat. cer korang cuba pulak. mna tahu feel kita sama. hehe mengarut suda... 26.3 genap lah 2thun umurnya. dari lahir sehingga lah sekarang my mom jaga. nak cerita tentang dak kecik ni kena cukupkan se page. tapi hari ni nak cite lain..

um bukak fb, bukak twitter. tak tahu nak buat apa. and then amber terpikir baik aku tengok Runningman. sekurang2nya boleh hilangkan bosan aku ni tengok gelagat diorang. nak jalan ke luar rumah pon tak boleh. seharian hujan. sejuk je rasa tapi mata tak mengantok. so apa lagi tengok runningman je la kan..  hehe bagi yang tak tahu runningman ni salah 1 rancangan televisyen KBS. korea punya. untuk runningman ni diorang kena settlekan beberapa mission bergantung pada jumlah mission yang akan diorang dapat. kalau tengok runningman ni memang tak tahan nak gelak , lagi2 tengok muka kwangsoo .. hahaha.. taip nama dia pon aku nak tergelak.. haha dia ni blur, innocent. selalu kena tindas dengan orang lain. tengok muke dia mmg nak tergelak je. haha cer tengok gambar ni. 




kwangsoo,jongkok,jaesuk,jihyo,big nose, haha and si comel gary. haha setiap minggu aku akan layan setiap episod yang latest. skrg pon dah episod 131. yang aku tengok tadi. bagi aku la kalau ada masalah bila tengok menda ni dapatla hilngkan sebentar, suka2 tapi janganlah tengok sampai semua kerja tak di buat. act aku pon camto. haha.. ada msa jugak lah. tak ada lah selalu.. hehe ~ bela diri..~ kalau tak ada kerja sangat lah baru aku tengok menda ni.. tapi time exam tak miss menda ni. hehe tengah2 ralik tengok runningman ni mak aku masuk bilik tegur asyik2 korea je. hehe bukan selalu mak. dah di tegur to bukan selalu ke syuhada oi. haha ok2..  tengok2 mak aku lending sebelah tengok runningman sekali dengan aku. haha mak2.. ok lah to je nak cerita. hehe babai semua assalamualaikum


Reply To This Comment

Sunday 3 February 2013

semua yang berlaku ada hikmahnya

hui hui selamat semua... lama dah tak menconteng di blog yang tersayang nih.. banyak je cte nak story tpi tangan ni kadang2 malas jugak nak menaip panjang lebor. feeling pon nak kena ada juga, kalau tak memang banyak mengarut la apa aku tulis nanti..  

tinggal 2minggu je lagi nak habis cuti. selepas itu bermula lah pengajian aku seperti biasa. berbaki kan setahun setengah lagi nak habis belajar. in shaa allah. tpi apa yang di risaukan. MUET tak lepas ag.. huwaa kalau tak dapat band3 tak dapat naik grad. sayang la kan. takpe2 ada masa lagi. yng penting usaha.. chaiyok2. syuhada bole..in shaa allah bulan 7 ni ambik MUET again.. doakan sya kawan2.. 

haa ni nak cite pasal lain lak. semenjak dua menjak nih si dia asyik menelefon je. dah lama tak contact an. sekali contact bawak crte sdih.. series la aku nak menangis bila dengar dia cte tapi tak ade la aku menangis. aku tak nak dia dengar. acee poyo je. haha tapi bila dia bcerite dlm keadaan menangis, aku pulak gelak kn dia. haha cek tak boleh dengar orang laki menangis nak tergelak. ~jht kan.. hehe -biasa je la syuhada.. (hati berbisik.) haha ok2 focus balik.. dia cerita kat aku yang rumh dia terbakar. Allahuakbar... tkjut jntung aku di buatnya. memang aku ada terbaca post di fb akk dia, dan aku tnya kawan dia, kawan dia tak tahu apa yang berlaku. aku pon tak ada la nak syak apa2 kan. sekali dia tepon aku and crte tentg nih.. aku cuba pujuk dia. tapi tak ada lah beria mana. sebab aku tak reti pujuk org.. hehe 

alhamdullilah tak ada kemalangan jiwa. semua selamat. masa kejadian pon yang ada dekat rumah pon mak ayah and adik dia 2orang. sempat selamatkan kereta and moto. yang lain semua tak sempat. moga keluarga dia tabah menghadapi ujian ni. semua berlaku ada hikmah.kejadian ni berlaku 11/1/2013 tapi aku dapat tahu semalam. tak ada orang bagitahu. lagipon kami memang tak berhubung kan.. aku akan cuba tenangkan dia tapi tak de lah lebih2 kan. dia ada kirim beberapa gambar  dekat whatsup aku semalam. jom tengok. teruk jugak. sederet umah dia terbakr. punca terbakar aku tak pasti..










ini akak and abg ipar dia. baru je kahwin 22/12/2013









rumah dia baru je renovate sempena perkahwinan akk dia. 2minggu lepas event itu rumah dia terbakar.

Kita kembali kepada Allah SWT, dalam tujuanNya menurunkan cabaran dan kesukaran.
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.

Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian. Itulah tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

sampai di sini saja cerita aku. time to sleep.. yang baik itu datang dari Allah yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri. assalamualaikum




Reply To This Comment