Wednesday 27 February 2013

pilihan Allah adalah yang terbaik


siapa aku nak memilih. aku hanya manusia biasa. banyak kekurangan dan kelemahan. aku hanya mampu merancang, dan terus merancang. sebalik perancangan tu, Allah yang menentukan. Allah juga merancang, tapi perancangan Allah lebih baik dari segalanya.. aku redha ya allah jika ni bukan yang terbaik untukku, aku sanggup lepaskan ia pergi. aku tahu di sebalik semua yang terjadi ni ada sesuatu yang akan menggantikannya. 



kadang2 orang kita sayang tu tak semestinya menjadi milik kita , menjaga kita sampai hujung nyawa. orang yang kita tak kenal, bru kenal 2 3 hari mungkin jadi jodoh kita. tu semua kita tak tahu. berserah kepada Allah. semua orang nak kebahagiaan. tersenyum , ketawa  bukan bermakna seseorang tu sedang bahagia. kesedihan dalamnya siapa yang tahu. apa2 pon istikharah banyak2. apa yang terjadi selepasnya kita kena redha. yang penting jangan buruk sangka dengan Allah. setiap yang berlaku ada sebab. allah menguji hambaNya kerana Dia sayang akan hambaNya. 







sekira kita kehilangan seseorang bukan bermakna kerana kita gagal. tapi itulah keajaibanNya. percaya dan yakin bahawa Allah akan memberikan jodoh yang lebih baik untuk kita . jangan bersedih , Allah tak memungkiri janji walaupun sebesar zarah. ~jangan bersedih wahai hati... 

aku redha dengan apa yang terjadi. kenangan berlalulah engkau pergi. perkara yang lepas jangan di kenang. pengalaman mengajar erti kehidupan kepada ku. ~tengah2 tulis blog, ade pulak no xkenal tpon. cari syuhada. ntah boy mana. lari feeling dh nih~.. cukuplah sampai di sini perkenalan kita. (-__-)

time to sleep. esok kelas kul8. selamat malam semua. mata pon dah mengantuk. terlebih keluar air mata tadi. harap esok tak bengkak mata. yang baik itu dari Allah, yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.. assalamualaikum




2 comments:

Marlya Asri said...

bersabar dan terus bersabar,,insyaAllah pasti ade hikmahnye~ ^_^ keep smiling

Unknown said...

in shaa allah.. i'm never alone.. ALLAH always with me.. :)