Wednesday 19 June 2013

sekian lamanya...

(-_-) blur kejap tak tahu nak tulis apa sebb dh lama tak menconteng di laman blog ku ini... apa habaq mai kwan2 ku.. ~spe plak kwn hang kt blog ni syuhada... huhu lama kot tak mengarang karangan dekat sni.. mcm biasa alasan nya malas nak menaip. banyak kerja katanya. skrg plak musim exam.. tinggal 3paper lagi.. jumaat ni 2paper, dan isnin depan satu paper.. tak tahu la mcam mana exam sem ni.. tak mengharap pada dekan, kalau dpat rezeki. alhamdulillah.. tpi sem ni paling teruk aku rasa... di saat orang stdy, aku sibuk tengok korea.. mcam la soklan exam ada kaitan dengan korea kan, runningman.. apakah nama penuh kim jong kok.. (-_-) hahaha.. ntahlah aku suka sangat tengok korea.. mcam la dapat suami macam muka korea kan.. huhu

di saat kawan2 mula stdy mula aku merenung masa hadapan.. skrg dah thun3, lagi 2sem nak habis.. muet tak lepas lagi.. hurm macam mna la nak grad nanti. sya akan lakukan yang terbaik muet bulan7 ni.. wish me luck friend.. ~mcm la ada orng bce ko tlis kan.. pastikan ini adlah muet yang terakhir bagiku.. dlam fikiran sekarng teringat dekat mak ayh dekat kampung.. sya terllu merindui merka.. nak dekat sebulan dah tak blik. lepas exam kerna siapkan proposal lak. sem depan dah strt buat thesis. huhu jangan jdikan ia suatu beban bagimu syuhada...  

"tahanlah peritnya menuntut ilmu hanya untuk seketika, bila kamu tidak tahan lelahnya belajar , maka kamu akan menanggung peritnya KEBODOHAN.. "  imam syafie

nak senang kenalah lalui yang susah dulu. tak da nya nak terus senang.. kalau ada orang mcm to rezeki dia la kan.. apa pon bersangka baik dengan Allah.. yang susah to lah mengajar kita erti kehidupan. kita lalui nya sendiri. tak da lah kemudian hari kita merungut sebab kita pernah laluinya sebelum ini.. wah bermadah pulok di pagi hari ni syuhada oi.. stdy2.. kjap lagi.. hehe dah dapat menaip, sekali menaip bialah smpai orang jemu nak baca kan.. ~ada pulak cm to.. pon boleh lah... tiba2 teringat kata2 mak aku.. tanya psal pasangan.. my dad suruh tnya.. baru2 ni mak aku cakap, klau ada orng msuk, jangan di tolak.. hurm (-_-) mksudnya?? aish mana boleh gitu.. takpa lepas exam ni kita slowtalk ye mak.. huhu bole pulak cakap pasal psangan.. dlu mak ayah sendri cakap nak kahwin ke apa ke lepas stdy. ni apa cite plak.. hihi sebabnya jiran sebelah anak dia asyik kwin je.. mksdnya dah 3orang anknya khwin, belaka kahwin muda.. huhu tak pa nnti smpai jdoh syuhada pulak khwin.. hehe ok dah mengarut... 

apa2 pon segalanya dari Allah.. hehe sebaik2 kita merancang, perncangan Allah lagi terbaik. semuanya telah di tetapkan.. btul tak.. hehe act hari ni befday my dad.. bolehlah wish dekat ayah tdi smbil menangis. sebak sangat. ayah dah tidur kot, tak balas pon msg. wish msg je, segan la nak tepon. hehe syuhada mendoakan mak ayah di panjangkan umur, di murahkan rezeki, di kurniakan kesihatan yang baik. terima kasih kerana mendidik kami anak2 mu. kami syang kamu berdua..


Ya Allah Rendahkanlah suaraku bagi mereka Perindahlah ucapanku di depan mereka Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah, Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah, Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah, Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..


that's all for today.. nanti kita berjumpa lagi.. gud luck to all yang bakal menjawap exam nanti. semoga allah permudahkan urusan kita semua.. :) assalamualaikum..


Reply To This Comment

Monday 13 May 2013

bersyukurlah....

akhirnya jari jemari ini menaip jugak di laman sesawang yang bersawang dan berlalang ini.. ~ayat pe ni syuhada, ko mngrut..~ saja je buat ayat gitu, tak ada idea nak mengarut.. fuh.. lama dah tak bukak blog ni kot.. um tak bukak?? ada je bukak tapi just for read apa yang di karang je kot, malas nak menaip.. baca balik apa yang di karang?? ape2 je la...  lagipun tak ada menda pon nak di ceritakan.. tapi hari ni tetiba rajin pulak nak menaip.. nak cerita satu menda.. 

hari ini aku ada exam.. subjek hadis maudu'.. tak tahu la plak ustaz ni suruh jwap soklan bdsarkan apa yang di tayangkan. ala maksudnya soklan bukan pada kertas, tapi di pancarkan oleh lcd.. korang paham kan.. dah la syuhada ni rabun orangnya, memang tak nampak la apa yang ustaz tayang to, sabar je la rasa.. rasa macam diri ni buta, tak boleh melihat. kena pandu dengan orang di sebelah. rasa macam kecewa sgt sebab tak nampak apa kot, just nampak ayat berwarna hitam dan tak tahu apa isi kandungan to. so jawap soklan pon dengar member sebut , kalau dia cakap pon aku tak leh nak bayangkan.. so wujudla di situ perbincangan.. hehe



kita cerita psal spek lak.. pagi tadi masa kawan buat prsention, knonnya nak pakai la spek mata sebab tak nampak kan power point presention yang diorang buat to, sekali buka bekas spek ada kain dia je . spek nya mana. gelisah kot.. trs tnye mmber . dia cakap asal tnya aku, spek mata ko kot... aduiii blur di situ.. iye tak iye jugak, spek mata sendri tnya kawan... hurmm trs tpikir sendiri.. dekat mana spek aku ye. dekat rumah kot. agak sendiri la to. tiba masa naik bas td, housemate pon cakaplah.. "ko ttggl dalam makmal ict kot".. ok fine. sememangnye aku tetnggl. jumaat lepas aku ada kelas dlm makmal ict to. ok dh 3 hari aku ttnggl spek to. ntah ada ke tidak lagi. minta2 la ada, kalau tak terpaksa la pkai lens. aku tak suka pkai lens sebab menyusahkan. tpi beli gak.. huhu tapi pagi2 esok kena tengok jugak, jantung hati to... amat penting bagi orang yang rabun macam aku ni..

ni baru rabun, macam mana la orang yang sememangnya penglihatannya tak ada. aku bersyukur sebab masih boleh melihat walaupun rabun. kalau rabun boleh pakai spek, kalau buta. tapi aku bukan nak menghina orang yang tak boleh melihat. semuanya ada hikmah apa yang Allah buat.. orang yang tak boleh melihat ni dia terselamat dari dosa mata sebab dia tak nampak apa yang berlaku di sekelilingnya. dengan keadaan  dunia sekarang ni, macam2 pakaian kita boleh lihat. semuanya tak cukup kain.. tapi bgi golongan yang tak
boleh melihat ni, dia dapat lindungi mata dia dari tengok menda yang tak sepatutnya dilihat. berbeza dengan orang yang boleh melihat sperti aku ni. sesungguhnya bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. 





ok sampai sini sahaja cerita untuk hari ini.. maghrb pon nak dekat.. apa pon apa yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri. kalau ada yang salah harap dimaafkan. semoga diri kita semua sentiasa diberkati olehNya,, amin.. assalamualaikum (^__^)
Reply To This Comment

Sunday 17 March 2013

futsal time...

sudah lama ambe tak menjenguk ke laman yang dah bersawang tebalnya.. ibarat macam rumput yang di biar lama tanpa di tebas , lama2 nampak macam semak samun yang dalamnya ada beberapa penghuni conthnya ular... ~nonsense... act ambe bosan skrg nih.. sorang2 dalam bilik.. ambe tngok dinding, dinding tgok ambe.. agaknya bosan dh dndg tgok mke ambe yang nampak sedikit burn gara2 bermain futsal semalam. 

bangun tidur pagi td nak semayang subuh, sekali badan mcm di himpap batu.. sakit der. badan2 terseliuh.. berat je nak bangun.. tapi syuhada kuat, kena lawan gak.. kalau tak lawan siapa nak angkut prgi ambil air smyg.. mmg tak ada la kan.. sendri cari pnykit sndri tanggung lah.. knon nak balik kampung mggu ni. tiba2 dak laki sruh cari player untk main futsal. kita lak minat sukan to. apa lagi my name dlu la kan di ambl.. huhu cari2 player ada la dalam 6 orang kot. ajak dak2 junior , belake tak nak sebab takut dan tak reti.. ~akk pon tak reti dik, sepak je bola tu.. tup2 ade 9org player. 5 org je kan men. yang lain reserve.. muka yang sama je main macam sem lepas.. huhu dah nak wat macam mana blake tak nak main.. 

semalam start game lam kul 10 lebih lam camto.. hari tengah terik time to. mula2 prgi daftar, macam ambe plak kapten nya. lpas daftar to, pngdil cakapla klau tak ada.... yang ambe terus sambung cakap dia, kalau tak ada tinted kan.. pasto semua orang dekat situ gelak.. pergh menyirap malunya.. bukan tinted la syuhada sheedback.. ~btul ke ejaan dy.. mcam to la bunyinye.. ambe mana la tahu, semalam ambe dengor tinted.. hahaha malu2.. pngdil cakap awk nak pasang kat mana tinted to. dekat cermin ke spek mata awk.. haha ampun sya tak mengerti menda2 camto. yang sya tahu bola..  trs amber pecut dari tmpat to. malu kot.. takpa2 pasni tahu dah la.. haha



mula2 game lawan dengan faklti ekonomi. 0-0... huhu pasto lawan dengan faklti bahasa arab.. 1-0.. kalah lagi.. haha smbung petang lak lawan dengan faklti pusat tamhdi.. haa ni meng.. haha 3-0.. tup2 dapat pergi semi final.. antara kami semua gelak. tak sangka.. haha ~cm poyo je kan.. tiba lak lwan dengan fklti sains, perghh diorg memg dasyt.. budak masum rmai kot.. geng2 sama traing dengan ambe dlu.. yang sorg akk to dah hbs bljr dah tpi dia msuk jugak. um plik2.. masa to ambe jdi defend. skli akak masum to sepak ke gol. mmg srnok defend bola dia. bertalu2 datang.. awal2 tak ada gol lagi. sekali keeper psukan ambe nak main, so kena ambil budak junior la ganti jdi keeper. lepas to gak.. hurmm 4-0 diorg bagi kami. tak pernah lam sejarah to. haha tpi tak pe la nak buat camna.. sambg game lak nak tentukan no 3 & 4. lawan dengan faklti undang2.. tengah2 main hujan.. kitaorg main lagi. tibe2 hujan makin lebat. pngdil tiup wesel sruh kami bhnti. masing2 lari cari tempat. lebat gile la hujan time to, dengan petir nya... seram pon ada.. tak lam to hujan pon redha sikit , bukan lah berhnti. kami pon main. tiba main tuk second half.. sekali lawan wat gol. masa pon habis. tah pe2.. geram kot.. pngdil tak adil.. tapi adatlah permainn ada menang ada kalah.. tak ada rzki lagi.. huhu so faklti quran sunnah dapat no4.. ada jugak no kan.. haha tahniah kepada semua permain..



 yang ambe tak leh lupa semalam.. tengah2 tunggu game nak start. game yang ke brpa tah.  ada sorang kawan laki dari faklti lain said to me.. ada, ko main tangkap ayam ke.. sekali dengar, rasa nak baling je bola dekat dia.. tahu lah ambe tak reti main, tpi jangn nak cakap gitu.. mulut dia main lepas jek.. grrr.... sabar syuhada sabar, jangan marah....



 sem ni last dah main futsal.. lepas ni amber bersara dah.. toksey dah... huh.. panjang pulak cerita kali ni kan.. ni lah bila tangan bertemu keyboard.. smgt menaip!! asgment banyak.. khamis ni kena tebuk juz1.. doakan saya ye kawan2.. may allah bless uolls.. mahu mengundur diri. maaf jika ada yang terasa bila membaca contengan ini.. assalamualaikum

Reply To This Comment

Wednesday 27 February 2013

pilihan Allah adalah yang terbaik


siapa aku nak memilih. aku hanya manusia biasa. banyak kekurangan dan kelemahan. aku hanya mampu merancang, dan terus merancang. sebalik perancangan tu, Allah yang menentukan. Allah juga merancang, tapi perancangan Allah lebih baik dari segalanya.. aku redha ya allah jika ni bukan yang terbaik untukku, aku sanggup lepaskan ia pergi. aku tahu di sebalik semua yang terjadi ni ada sesuatu yang akan menggantikannya. 



kadang2 orang kita sayang tu tak semestinya menjadi milik kita , menjaga kita sampai hujung nyawa. orang yang kita tak kenal, bru kenal 2 3 hari mungkin jadi jodoh kita. tu semua kita tak tahu. berserah kepada Allah. semua orang nak kebahagiaan. tersenyum , ketawa  bukan bermakna seseorang tu sedang bahagia. kesedihan dalamnya siapa yang tahu. apa2 pon istikharah banyak2. apa yang terjadi selepasnya kita kena redha. yang penting jangan buruk sangka dengan Allah. setiap yang berlaku ada sebab. allah menguji hambaNya kerana Dia sayang akan hambaNya. 







sekira kita kehilangan seseorang bukan bermakna kerana kita gagal. tapi itulah keajaibanNya. percaya dan yakin bahawa Allah akan memberikan jodoh yang lebih baik untuk kita . jangan bersedih , Allah tak memungkiri janji walaupun sebesar zarah. ~jangan bersedih wahai hati... 

aku redha dengan apa yang terjadi. kenangan berlalulah engkau pergi. perkara yang lepas jangan di kenang. pengalaman mengajar erti kehidupan kepada ku. ~tengah2 tulis blog, ade pulak no xkenal tpon. cari syuhada. ntah boy mana. lari feeling dh nih~.. cukuplah sampai di sini perkenalan kita. (-__-)

time to sleep. esok kelas kul8. selamat malam semua. mata pon dah mengantuk. terlebih keluar air mata tadi. harap esok tak bengkak mata. yang baik itu dari Allah, yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.. assalamualaikum




Reply To This Comment

Tuesday 5 February 2013

when i watching it , it make me heppi...

bosan sangat rasanya hari ni. tak tahu nak buat apa. nak tengok tv pon tak de cerita yang menarik. tapi pkul 7 nanti ada Setia Hujung Nyawa . hehe femes cerita ni sekarang. tapi jangan lupa solat, kewajipan jangan tinggal kan.. tapi petang ni memang membosankan. duduk rumah je cuti ni. jaga anak sedara. ni dia si tembam. namanya azwani.



 tapi sronok jaga si tembam ni. banyak mulut. orang tua2 cakap bila kita kita ada msalah peluk budak kecik tenang je rasa, memang betul pon. aku penah buat. cer korang cuba pulak. mna tahu feel kita sama. hehe mengarut suda... 26.3 genap lah 2thun umurnya. dari lahir sehingga lah sekarang my mom jaga. nak cerita tentang dak kecik ni kena cukupkan se page. tapi hari ni nak cite lain..

um bukak fb, bukak twitter. tak tahu nak buat apa. and then amber terpikir baik aku tengok Runningman. sekurang2nya boleh hilangkan bosan aku ni tengok gelagat diorang. nak jalan ke luar rumah pon tak boleh. seharian hujan. sejuk je rasa tapi mata tak mengantok. so apa lagi tengok runningman je la kan..  hehe bagi yang tak tahu runningman ni salah 1 rancangan televisyen KBS. korea punya. untuk runningman ni diorang kena settlekan beberapa mission bergantung pada jumlah mission yang akan diorang dapat. kalau tengok runningman ni memang tak tahan nak gelak , lagi2 tengok muka kwangsoo .. hahaha.. taip nama dia pon aku nak tergelak.. haha dia ni blur, innocent. selalu kena tindas dengan orang lain. tengok muke dia mmg nak tergelak je. haha cer tengok gambar ni. 




kwangsoo,jongkok,jaesuk,jihyo,big nose, haha and si comel gary. haha setiap minggu aku akan layan setiap episod yang latest. skrg pon dah episod 131. yang aku tengok tadi. bagi aku la kalau ada masalah bila tengok menda ni dapatla hilngkan sebentar, suka2 tapi janganlah tengok sampai semua kerja tak di buat. act aku pon camto. haha.. ada msa jugak lah. tak ada lah selalu.. hehe ~ bela diri..~ kalau tak ada kerja sangat lah baru aku tengok menda ni.. tapi time exam tak miss menda ni. hehe tengah2 ralik tengok runningman ni mak aku masuk bilik tegur asyik2 korea je. hehe bukan selalu mak. dah di tegur to bukan selalu ke syuhada oi. haha ok2..  tengok2 mak aku lending sebelah tengok runningman sekali dengan aku. haha mak2.. ok lah to je nak cerita. hehe babai semua assalamualaikum


Reply To This Comment

Sunday 3 February 2013

semua yang berlaku ada hikmahnya

hui hui selamat semua... lama dah tak menconteng di blog yang tersayang nih.. banyak je cte nak story tpi tangan ni kadang2 malas jugak nak menaip panjang lebor. feeling pon nak kena ada juga, kalau tak memang banyak mengarut la apa aku tulis nanti..  

tinggal 2minggu je lagi nak habis cuti. selepas itu bermula lah pengajian aku seperti biasa. berbaki kan setahun setengah lagi nak habis belajar. in shaa allah. tpi apa yang di risaukan. MUET tak lepas ag.. huwaa kalau tak dapat band3 tak dapat naik grad. sayang la kan. takpe2 ada masa lagi. yng penting usaha.. chaiyok2. syuhada bole..in shaa allah bulan 7 ni ambik MUET again.. doakan sya kawan2.. 

haa ni nak cite pasal lain lak. semenjak dua menjak nih si dia asyik menelefon je. dah lama tak contact an. sekali contact bawak crte sdih.. series la aku nak menangis bila dengar dia cte tapi tak ade la aku menangis. aku tak nak dia dengar. acee poyo je. haha tapi bila dia bcerite dlm keadaan menangis, aku pulak gelak kn dia. haha cek tak boleh dengar orang laki menangis nak tergelak. ~jht kan.. hehe -biasa je la syuhada.. (hati berbisik.) haha ok2 focus balik.. dia cerita kat aku yang rumh dia terbakar. Allahuakbar... tkjut jntung aku di buatnya. memang aku ada terbaca post di fb akk dia, dan aku tnya kawan dia, kawan dia tak tahu apa yang berlaku. aku pon tak ada la nak syak apa2 kan. sekali dia tepon aku and crte tentg nih.. aku cuba pujuk dia. tapi tak ada lah beria mana. sebab aku tak reti pujuk org.. hehe 

alhamdullilah tak ada kemalangan jiwa. semua selamat. masa kejadian pon yang ada dekat rumah pon mak ayah and adik dia 2orang. sempat selamatkan kereta and moto. yang lain semua tak sempat. moga keluarga dia tabah menghadapi ujian ni. semua berlaku ada hikmah.kejadian ni berlaku 11/1/2013 tapi aku dapat tahu semalam. tak ada orang bagitahu. lagipon kami memang tak berhubung kan.. aku akan cuba tenangkan dia tapi tak de lah lebih2 kan. dia ada kirim beberapa gambar  dekat whatsup aku semalam. jom tengok. teruk jugak. sederet umah dia terbakr. punca terbakar aku tak pasti..










ini akak and abg ipar dia. baru je kahwin 22/12/2013









rumah dia baru je renovate sempena perkahwinan akk dia. 2minggu lepas event itu rumah dia terbakar.

Kita kembali kepada Allah SWT, dalam tujuanNya menurunkan cabaran dan kesukaran.
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.

Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian. Itulah tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

sampai di sini saja cerita aku. time to sleep.. yang baik itu datang dari Allah yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri. assalamualaikum




Reply To This Comment

Friday 11 January 2013

alhamdulillah..

akhirnya berakhir sudah exam ku bg sem5 sesi pmbljran 2011/2012.. alhamdulillah .. tpi agak skit kecewa exam last petang td,, tpi tak nak pkir dah. yg dah lepas buat apa di kenang lagi... nak nangis pon tak guna.. setakat mana aku usaha setakat tu lah aku dapat.. semua orang nak lulus kan smala dengan aku semoga  semuanya lulus dan ilmu yang aku belajar dalam sem ni dan sem sebelum nya tidak luput di ingatan. keberkatan ilmu amat penting. terima kasih pada semua lecturer, ustaz2, ustazah2 yang telah mengajar dan juga buat sahabat2 yg membantu aku dalam memahami subjek2 yg kurg di fahami. ~mcm teks apa je, formal lak ase... haha 

tomorrow2!! ada apa esok, esok aku blik kmpung.. yeppy... mak ayah tggu kepulangan anakmu ini. azwani tggu mak tih balik tau.. hehe sebelum balik jumpa kawan dulu. lps mghrb tadi aku klua makan dengan kwan aku. memandangkan dia last sem kt usim ni, aku ajak dia mkn skli. pas ni ntah bila lak jumpa kan.. seronok klua dengan dia, dri apa yang dia cerita pasal hidup dia, pengalaman dia , aku jadi seronok dengar. banyak menda aku dapat.aku teringat kata2 dia.. 
jangan layan sangat kemewahan yang ada pada kita, biar kita hidup berkurangan tak pe, yang penting kita tahu siapa diri kita, biar ramai kawan, tak kesah kawan macam mana pun, yang penting kita pandai jaga diri kita..

bukan selalu dengar kawan aku ni bermadah tinggi.. sekali berkata2.. huh  menusuk kalbu.. haha yang penting kita pandai jaga diri kita. jahat mana orang tu, mesti ada sikit belas kasihan dalam diri dia. jangan nak judge orang dari segi luaran, dalaman kita tak tahu.. think positif. ok time nak packing barang. esok nak balik kmpung. semoga semuanya selamat.. tapi ngantok+kenyang=tido lah kan..##%. ok babai.. assalamualaikum




Reply To This Comment