Wednesday, 19 June 2013

sekian lamanya...

(-_-) blur kejap tak tahu nak tulis apa sebb dh lama tak menconteng di laman blog ku ini... apa habaq mai kwan2 ku.. ~spe plak kwn hang kt blog ni syuhada... huhu lama kot tak mengarang karangan dekat sni.. mcm biasa alasan nya malas nak menaip. banyak kerja katanya. skrg plak musim exam.. tinggal 3paper lagi.. jumaat ni 2paper, dan isnin depan satu paper.. tak tahu la mcam mana exam sem ni.. tak mengharap pada dekan, kalau dpat rezeki. alhamdulillah.. tpi sem ni paling teruk aku rasa... di saat orang stdy, aku sibuk tengok korea.. mcam la soklan exam ada kaitan dengan korea kan, runningman.. apakah nama penuh kim jong kok.. (-_-) hahaha.. ntahlah aku suka sangat tengok korea.. mcam la dapat suami macam muka korea kan.. huhu

di saat kawan2 mula stdy mula aku merenung masa hadapan.. skrg dah thun3, lagi 2sem nak habis.. muet tak lepas lagi.. hurm macam mna la nak grad nanti. sya akan lakukan yang terbaik muet bulan7 ni.. wish me luck friend.. ~mcm la ada orng bce ko tlis kan.. pastikan ini adlah muet yang terakhir bagiku.. dlam fikiran sekarng teringat dekat mak ayh dekat kampung.. sya terllu merindui merka.. nak dekat sebulan dah tak blik. lepas exam kerna siapkan proposal lak. sem depan dah strt buat thesis. huhu jangan jdikan ia suatu beban bagimu syuhada...  

"tahanlah peritnya menuntut ilmu hanya untuk seketika, bila kamu tidak tahan lelahnya belajar , maka kamu akan menanggung peritnya KEBODOHAN.. "  imam syafie

nak senang kenalah lalui yang susah dulu. tak da nya nak terus senang.. kalau ada orang mcm to rezeki dia la kan.. apa pon bersangka baik dengan Allah.. yang susah to lah mengajar kita erti kehidupan. kita lalui nya sendiri. tak da lah kemudian hari kita merungut sebab kita pernah laluinya sebelum ini.. wah bermadah pulok di pagi hari ni syuhada oi.. stdy2.. kjap lagi.. hehe dah dapat menaip, sekali menaip bialah smpai orang jemu nak baca kan.. ~ada pulak cm to.. pon boleh lah... tiba2 teringat kata2 mak aku.. tanya psal pasangan.. my dad suruh tnya.. baru2 ni mak aku cakap, klau ada orng msuk, jangan di tolak.. hurm (-_-) mksudnya?? aish mana boleh gitu.. takpa lepas exam ni kita slowtalk ye mak.. huhu bole pulak cakap pasal psangan.. dlu mak ayah sendri cakap nak kahwin ke apa ke lepas stdy. ni apa cite plak.. hihi sebabnya jiran sebelah anak dia asyik kwin je.. mksdnya dah 3orang anknya khwin, belaka kahwin muda.. huhu tak pa nnti smpai jdoh syuhada pulak khwin.. hehe ok dah mengarut... 

apa2 pon segalanya dari Allah.. hehe sebaik2 kita merancang, perncangan Allah lagi terbaik. semuanya telah di tetapkan.. btul tak.. hehe act hari ni befday my dad.. bolehlah wish dekat ayah tdi smbil menangis. sebak sangat. ayah dah tidur kot, tak balas pon msg. wish msg je, segan la nak tepon. hehe syuhada mendoakan mak ayah di panjangkan umur, di murahkan rezeki, di kurniakan kesihatan yang baik. terima kasih kerana mendidik kami anak2 mu. kami syang kamu berdua..


Ya Allah Rendahkanlah suaraku bagi mereka Perindahlah ucapanku di depan mereka Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah, Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah, Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah, Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..


that's all for today.. nanti kita berjumpa lagi.. gud luck to all yang bakal menjawap exam nanti. semoga allah permudahkan urusan kita semua.. :) assalamualaikum..


2 comments:

azzat fiqrie said...

haha , baru sebulan xbalik,gaye cerite mcm dah 3taun xbalik.. dok rok lalu ..

cik seri said...

sebulan bgaikan sthun der.. haha