Sunday 3 February 2013

semua yang berlaku ada hikmahnya

hui hui selamat semua... lama dah tak menconteng di blog yang tersayang nih.. banyak je cte nak story tpi tangan ni kadang2 malas jugak nak menaip panjang lebor. feeling pon nak kena ada juga, kalau tak memang banyak mengarut la apa aku tulis nanti..  

tinggal 2minggu je lagi nak habis cuti. selepas itu bermula lah pengajian aku seperti biasa. berbaki kan setahun setengah lagi nak habis belajar. in shaa allah. tpi apa yang di risaukan. MUET tak lepas ag.. huwaa kalau tak dapat band3 tak dapat naik grad. sayang la kan. takpe2 ada masa lagi. yng penting usaha.. chaiyok2. syuhada bole..in shaa allah bulan 7 ni ambik MUET again.. doakan sya kawan2.. 

haa ni nak cite pasal lain lak. semenjak dua menjak nih si dia asyik menelefon je. dah lama tak contact an. sekali contact bawak crte sdih.. series la aku nak menangis bila dengar dia cte tapi tak ade la aku menangis. aku tak nak dia dengar. acee poyo je. haha tapi bila dia bcerite dlm keadaan menangis, aku pulak gelak kn dia. haha cek tak boleh dengar orang laki menangis nak tergelak. ~jht kan.. hehe -biasa je la syuhada.. (hati berbisik.) haha ok2 focus balik.. dia cerita kat aku yang rumh dia terbakar. Allahuakbar... tkjut jntung aku di buatnya. memang aku ada terbaca post di fb akk dia, dan aku tnya kawan dia, kawan dia tak tahu apa yang berlaku. aku pon tak ada la nak syak apa2 kan. sekali dia tepon aku and crte tentg nih.. aku cuba pujuk dia. tapi tak ada lah beria mana. sebab aku tak reti pujuk org.. hehe 

alhamdullilah tak ada kemalangan jiwa. semua selamat. masa kejadian pon yang ada dekat rumah pon mak ayah and adik dia 2orang. sempat selamatkan kereta and moto. yang lain semua tak sempat. moga keluarga dia tabah menghadapi ujian ni. semua berlaku ada hikmah.kejadian ni berlaku 11/1/2013 tapi aku dapat tahu semalam. tak ada orang bagitahu. lagipon kami memang tak berhubung kan.. aku akan cuba tenangkan dia tapi tak de lah lebih2 kan. dia ada kirim beberapa gambar  dekat whatsup aku semalam. jom tengok. teruk jugak. sederet umah dia terbakr. punca terbakar aku tak pasti..










ini akak and abg ipar dia. baru je kahwin 22/12/2013









rumah dia baru je renovate sempena perkahwinan akk dia. 2minggu lepas event itu rumah dia terbakar.

Kita kembali kepada Allah SWT, dalam tujuanNya menurunkan cabaran dan kesukaran.
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.

Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian. Itulah tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

sampai di sini saja cerita aku. time to sleep.. yang baik itu datang dari Allah yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri. assalamualaikum




3 comments:

azzat fiqrie said...

ada,umah bad pon telibat skali ke ?

Unknown said...

rumh bad x kot.. sederet umh emi je.. ke umh bad sederet ngn emi, koi xingt pulk..

wanmin92 said...

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..
semoga tabah..
btw, ada masa, cuba jalan2 kat http://lawyercantik.blogspot.com/
~focus on the content, not design~..huu